戻る

TERMA PERKHIDMATAN

Untuk mengambil bahagian dalam projek foto "Love Cub Snap", klik butang "Setuju" di bawah sebagai tanda persetujuan anda dengan Terma Perkhidmatan.Untuk mengambil bahagian dalam projek foto "Love Cub Snap", klik butang "Setuju" di bawah sebagai tanda persetujuan anda dengan Terma Perkhidmatan.

2017.7.31 VER

Honda Love Cub Snap
Terma Penggunaan

Terma Penggunaan yang terkandung di sini menentukan terma dan syarat yang dipersetujui oleh penyumbang dan Honda Motor Co., Ltd. (“Honda”) apabila penyumbang mengeposkan foto di laman web “Honda Love Cub Snap” (“Kempen”) yang dikendali oleh Honda. Terma Penggunaan ini membentuk kontrak antara penyumbang dan Honda. Hanya mereka yang bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan di bawah boleh menyumbang kepada Kempen. Penyumbang tertakluk kepada Terma Penggunaan ini di mana ia membentuk satu kontrak antara penyumbang dan Honda dengan Terma Penggunaan berfungsi sebagai spesifikasi kontrak. Semua pihak hendaklah mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan dalam dokumen ini. Penyumbang akan disifatkan telah memohon untuk menyertai Kempen apabila penyerahannya telah diposkan di halaman web Kempen. Sehubungan dengan itu, ia juga akan dianggap bahawa penyumbang telah bersetuju dengan garis panduan permohonan, Terma Penggunaan, dan semua kandungan lain yang berkaitan. Tiada perubahan, penambahan atau pemadaman kepada Terma Penggunaan oleh penyumbang diterima tanpa pengecualian.

■Garis Panduan Permohonan

Tempoh Permohonan
April 25, 2017 ~ Januari 31,2018
Keperluan Permohonan
  • ・Individu dibenarkan mengepos foto seberapa banyak kali yang diingini.
  • ・Sila mengepos hanya foto anda bersama motosikal siri Super Cub yang anda miliki, atau milik individu lain (individu/motosikal) di mana anda telah memperolehi kebenaran terlebih dahulu.
  • ・Hanya penyumbang yang telah bersetuju bahawa foto yang diposkan oleh mereka boleh digunakan dalam laman web Kempen ini dan untuk tujuan pengiklanan Honda, termasuk pengiklanan gambaran, boleh menghantar penyertaan masing-masing.
Bagaimana untuk menyertai
  • 1.Sila mengambil foto anda, atau sesiapa yang telah memberi kebenaran, bersama motosikal siri Honda Super Cub.
  • 2.Sila mengikut arahan laman web Kempen untuk memuat naik foto.

Penyumbang boleh mengepos foto ke Kempen ini melalui telefon pintar atau komputer. Harap maklum bahawa peralatan elektronik tertentu mungkin tidak sesuai untuk penyertaan. Caj penyambungan dan bayaran komunikasi yang dikenakan semasa penyertaan merupakan tanggung jawab tunggal penyumbang.

Mengenai penggunaan foto untuk pengiklanan Honda Love Cub Snap
  • ・Honda atau Sekretariat Kempen akan memilih foto yang telah diposkan dalam Kempen untuk penggunaan pengiklanan Honda Love Cub Snap, pengiklanan sebagainya, atau untuk tujuan perhubungan awam dan lain-lain (kemudian dari ini secara keseluruhan digelar “pengiklanan Honda Love Cub Snap”). Dalam keadaan ini, Sekretariat akan menghubungi penyumbang untuk mengesah identiti mereka atau maklumat lain melalui emel yang telah didaftarkan oleh mereka.
  • ・Harap maklum bahawa Honda akan menghubungi penyumbang hanya jika Honda menganggap perlu berbuat demikian berhubung dengan penggunaan foto yang dihantar bagi tujuan pengiklanan Honda Love Cub Snap.

■Terma Penggunaan

Perkara yang perlu diteliti tentang pengeposan foto
Jangan melanggar larangan berikut apabila mengeposkan foto. JANGAN memuat naik foto berhubung dengan perkara 12 dan 15. Foto tidak boleh:
  • 1. Menyalahi ketenteraman awam atau moral
  • 2. Memfitnah atau memburukkan nama baik seseorang
  • 3. Menyalahi atau mencabuli hak pihak ketiga, termasuk hak cipta dan hak tanda dagangan
  • 4. Mengandungi kandungan yang menyalahi undang-undang atau ordinan
  • 5. Bertujuan untuk mendapat keuntungan
  • 6. Mendorong jenayah
  • 7. Diambil tanpa kebenaran subjek berkenaan
  • 8. Mengandungi maklumat peribadi selain kepunyaan penyumbang
  • 9. Mengandungi imej produk pesaing
  • 10. Memaparkan subjek memakai topi keledar ‘full-face’, topeng, atau sebarang penutup yang membuatkan muka subject tidak boleh dikecam
  • 11. Telah diproses
  • 12. Mengganggu penyertaan penyumbang yang lain dalam Kempen ini
  • 13. Termasuk pelbagai subjek
  • 14. Diambil dengan cara yang menyalahi undang-undang dan peraturan berkaitan dengan lokasi di mana foto berkenaan telah diambil, atau menyalahi sebarang undang-undang atau peraturan yang lain
  • 15. Berhubung dengan tindakan yang serupa dengan atau sepadan dengan yang dinyatakan di atas
  • ・Honda tidak akan menanggung jawab sama sekali jika pihak ketiga membuat aduan, membantah atau mengalami kerosakan akibat daripada tindakan penyumbang yang menyalahi mana-mana larangan yang dinyatakan di atas.
  • ・Penyumbang dikehendaki untuk memberi alamat emel semasa permohonan.
  • ・Kebarangkalian kandungan yang dimuat naik mungkin digunakan oleh Honda dalam laman web rasminya, emel, berita, majalah, akaun SNS rasmi, untuk pengiklanan (TV, akhbar, majalah, sepanduk laman web, dan lain-lain), untuk acara, dan untuk penggunaan pelbagai media berita yang lain. Penyumbang akan memberi kebenaran, tanpa caj, segala hak yang wajib kepada Honda untuk mengguna/menyampaikan kandungan yang dihantar. Selain itu, penyumbang diingatkan terlebih dahulu bahawa beliau tidak akan dimaklumkan secara individu sekiranya kandungan yang dihantar oleh beliau telah diguna atau disiarkan.
Hak harta intelektual
  • ・Hak harta intelektual berhubung dengan Kempen ini [hak cipta, (termasuk hak yang dinyatakan dalam Artikel 27 dan 28 Akta Hak Cipta Jepun; begitu juga dengan yang dinyatakan di bawah), hak tanda dagangan] dan sebarang hak yang lain akan dianggap dipegang oleh Honda, and penyumbang, kecuali foto yang diposkan oleh individu berkenaan, tidak akan diguna tanpa kebenaran. Para penyumbang dengan ini bersetuju bahawa Honda berhak untuk mengguna, mencetak semula, mengubah, dan lain-lain ke atas foto yang diposkan oleh penyumbang secara menyeluruh atau sebahagian.
  • ・Berhubung dengan imej atau maklumat yang diperolehi melalui Kempen ini yang diperuntukkan oleh penyumbang kepada kempen pengiklanan Honda Love Cub Snap, para penyumbang, kecuali untuk kegunaan mengepos foto masing-masing, tidak boleh mengguna, mencetak semula, membuat salinan, mengedar, mengubah, dan lain-lain, secara keseluruhan atau mana-mana bahagian imej atau maklumat berkenaan di luar daripada skop yang dibenarkan secara eksplisit untuk penggunaan sendiri seperti mana yang dinyatakan dalam Akta Hak Cipta atau undang-undang lain yang berkaitan, tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Honda atau pemegang hak.
  • ・Penyumbang mengizinkan Honda untuk menggunakan foto yang diposkan dalam laman web rasminya, majalah berita emel, akaun SNS rasmi, untuk pengiklanan (TV, akhbar, majalah, sepanduk laman web, dan lain-lain), untuk acara, dan untuk penggunaan pelbagai media berita yang lain.
Pindaan, penggantungan dan pemansuhan Terma Penggunaan
Honda boleh meminda, menggantung, atau memansuhkan Kempen ini dan juga Terma Penggunaan ini dengan member notis terlebih dahulu kepada penyumbang.
Pengubahsuaian, penggantungan, pembatalan dan penamatan perkhidmatan
Honda boleh mengubahsuai, menggantung, membatalkan, atau menamatkan semua atau sebahagian daripada perkhidmatan yang berkaitan dengan Kempen ini tanpa memberi notis terlebih dahulu. Di samping itu, Honda tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan ekoran daripada pengubahsuaian, penggantungan, pembatalan, dan/atau penamatan sedemikian.
Penafian
Walaupun pihak pengendali Kempen ini telah mengambil langkah berhati-hati apabila memaparkan maklumat yang berkaitan dengan Kempen, Honda tidak bertanggungjawab ke atas maklumat Kempen, program, perkhidmatan, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Kempen ini sekiranya kerugian dialami oleh penyumbang atau pihak ketiga dalam hal-hal berikut.
  • 1. Jika mana-mana yang berikut berlaku semasa permohonan Kempen dibuat: masalah perisian atau perkakasan, kebakaran, gangguan kuasa, gangguan komunikasi, kecemasan seperti bencana alam.
  • 2. Apabila penyelenggaraan sistem yang digunakan dalam Kempen ini kerap atau segera dilaksanakan.
  • 3. Apabila masalah tertimbul antara penyumbang dan antara penyumbang dengan pihak ketiga.
  • 4. Sekiranya terdapat kegendalaan, seperti penggantungan atau kelewatan servis ekoran daripada pengubahan maklumat Kempen atau gangguan servis Kempen oleh pihak ketiga.
  • 5. Apabila, tanpa kelalaian sengaja atau kecuaian melampau, maklumat berkaitan dengan Kempen yang diberi oleh Honda telah tersalah hantar, atau kecacatan laman web Kempen
  • 6. Jika Honda menentukan bahawa satu kejadian yang serupa dengan mana-mana perkara yang disebutkan di atas telah berlaku.
Maklumat peribadi
  • ・Maklumat peribadi para penyumbang akan diurus dengan betul oleh pihak Honda Motor Co., Ltd.
  • ・Honda hanya akan menggunakan maklumat peribadi penyumbang untuk tujuan seperti mana yang dinyatakan di bawah, dan tidak akan mendedahkan atau membekal butiran peribadi berkenaan kepada mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan penyumbang (kecuali kes-kes di mana pendedahan diwajibkan di bawah undang-undang, dan sebagainya).
    • 1. Berita laman web dan emel tentang Kempen atau produk.
    • 2. Akaun rasmi SNS berhubung dengan Kempen atau produk
    • 3. Pengiklanan produk (TV, akhbar, majalah, web, dan lain-lain)
    • 4. Pengeposan acara yang berkaitan dengan produk
    • 5. Pengenalan Kempen kepada pelbagai saluran media
    • 6. Promosi korporat lain yang dikendali oleh Honda Motor Co., Ltd.
  • ・Dalam skop matlamat seperti mana yang dinyatakan di atas, Honda berkemungkinan melibatkan kontraktor pihak ketiga dalam segala atau sebahagian daripada kerja pengendalian maklumat peribadi.
    Nota: Sila merujuk polisi maklumat peribadi Honda berkaitan dengan pengendalian sebarang butiran peribadi.
Pertanyaan tentang Kempen
Kontak:
Sekretariat Honda Love Cub Snap
Sila hubungi kami melalui emel di:info@lovecubsnap.honda.co.jp
Tempoh di mana pertanyaan akan diterima:
April 25, 2017 ~ January 31,2018
Maklumbalas:
Untuk pertanyaan tentang kesulitan Kempen, Honda akan membalas dalam tempoh tiga hari berkerja sekiranya maklumbalas berkenaan dianggap wajib.
Pertanyaan yang diterima pada hari/masa berikut:
Pertanyaan akan diproses pada hari Isnin hingga Jumaat dari 10:00 pg hingga 6:30 ptg. Pertanyaan tidak akan diproses pada hari Sabtu, Ahad, atau cuti umum.
  • Sila elak daripada mengemukakan pertanyaan berkaitan dengan isu seperti kenapa penyertaan tidak diposkan ke laman web atau sama ada penyertaan memenuhi syarat-syarat Kempen, maklumbalas tidak akan diberi. Persefahaman anda amat dihargai.
Bidang kuasa perjanjian
Terma Penggunaan yang terkandung di sini akan ditafsirkan menurut perundangan Negara Jepun. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian berhubung dengan Terma Penggunaan ini, Mahkamah Daerah Tokyo akan menjadi pihak bidang kuasa kompeten contoh pertama.
  • SETUJU
  • TIDAK SETUJU
閉じる
Thank You!
Thank you for submitting your photo! It will be uploaded and displayed on the site soon. We ’re looking forward to seeing it and hope you are too!Thank you for submitting your photo! It will be uploaded and displayed on the site soon. We ’re looking forward to seeing it and hope you are too!

Simpan kod pengenalan di bawah untuk memudahkan anda mencari foto anda di laman ini.

Yikm87nH

Nota: Foto yang tidak sesuai akan dikeluarkan oleh pasukan projek dan tidak dipaparkan di laman web ini.

ERROR
OK